HULU SELANGOR:
Penduduk Lembah Kelang termasuk Putrajaya bakal berhadapan masalah bekalan air
bersih yang kritikal jika cuaca panas yang melanda negara ketika ini berlarutan
tiga minggu lagi.
Timbalan Menteri
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata jika
berterusan, paras air di Empangan Sungai Selangor dan Klang Gate yang ketika
ini mempunyai simpanan air kurang daripada 60 peratus akan terus merosot,
sekali gus memberi kesan besar kepada kira-kira dua juta pengguna yang bergantung
kepada sumber air dari kawasan tadahan itu.
“Ketika ini
simpanan air di Empangan Sungai Selangor hanya berbaki 57.63 peratus manakala
Empangan Klang Gate sebanyak 58 peratus dan jika tiada hujan dalam masa 16
hari, takungan air boleh menurun sehingga 45 peratus.
“Walaupun
kedudukan baki simpanan air masih terkawal, namun kementerian perlu melakukan
sesuatu kerana jika keadaan kemarau berterusan kita akan memasuki tahap
kritikal dan catuan air mungkin perlu dilakukan,” katanya dalam sidang media
selepas melawat Empangan Sungai Selangor, di sini hari ini.
Empangan Sungai
Selangor yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor mampu menampung
ketinggian air maksimum 220 meter dan membekalkan 60 peratus sumber air di
Lembah Klang.
Bagi menangani
masalah itu, Mahdzir berkata berkata beliau telah mengarahkan kementerian,
kerajaan negeri Selangor serta operator pengagihan air di kawasan terlibat
bermesyuarat selewat-lewatnya minggu depan bagi merangka tindakan yang perlu
diambil jika paras air di kedua-dua empangan terus merosot.
Beliau berkata
selain catuan air, langkah lain yang boleh diambil ialah melaksanakan
pembenihan awan bagi meningkatkan lagi kadar hujan.
“Pembenihan ini
akan dilaksanakan di kawasan tadahan Empangan Sungai Selangor dan kawasan lain sekiranya
simpanan empangan tersebut mencapai tahap 45 peratus iaitu 103.50 juta meter
padu,” katanya dan menambah penurunan itu turut disebabkan peningkatan dan
penggunaan air di Lembah Klang.
Dalam perkembangan
sama, beliau memaklumkan paras air di empangan di Kedah, Perlis dan Pulau
Pinang masih terkawal dan tidak kritikal walaupun cuaca panas dan kemarau
sedang melanda negeri berkenaan

No comments:
Post a Comment